Perkembangan kanak kanak terbahagi kepada 2 :
Pertumbuhan
· Perubahan yang nampak jelas dalam proses membesar.
· Boleh diukur dari masa ke semasa yang dipanggil perubahan kuantiti.
· Akan berhenti dalam waktu tertentu
· Cth:berat,lilit kepala,panjang
Perkembangan
· Perubahan yang tidak boleh diukur tapi ternyata telah berlaku dan boleh dilihat dalam tempoh yang panjang.
· Disebut juga perubahan kualiti
· Akan berkembang sampai mati/kemalangan
· Cth: berjalan,merangkak,kebolehan berfungsi dan berinteraksi dengan persekitaran
Corak perkembangan kanak kanak adalah sama tapi dalam kadar yang berbeza.
Perkembangan Menyeluruh terbahagi kepada 4:
1.Perkembangan Fizikal
· Motor halus– jari jemari dan atau mata
· Motor kasar- berlari,berjalan,tepuk tangan
2.Perkembangan Bahasa
· Perubahan dalam mengeluarkan bunyi dan mengeluarkan kata kata tindak balas
· Verbal(bertutur) dan non verbal ( gerak badan )
3.Perkembangan Kognitif
· Mengukur dan menyelesaikan masalah atau daya fakir
4.Perkembangan Sosioemosi
· Boleh bersosial dengan orang di sekeliling
· Cth : perasaan malu,takut bimbang dan suka
· Proses berterusan mengikut peringkat tertentu cth merangkak,duduk dan seterusnya berdiri.
· Kebolehan kanak kanak bergantung kepada tahap kematangan yang tersendiri.
· Kesediaan dari pengalaman adalah factor penting dalam menyediakan aktiviti mengikut kesesuaian umur kanak kanak.
· Urutan pengalaman akan memberi kesan kepada tahap seterusnya.
· Perkembnagan fizikal akan mempengaruhi kelakuan kanak kanak.
· Gangguan emosi akan menghalang dan membantutkan perkembangan fizikal.
· Baka,keturunan,pemakanan dan taraf kesihatan sangat mempengaruhi perkembangan kanak kanak
PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI
· Definisi perkembangan sosioemosi ialah keupayaan kanak kanak berinteraksi serta memberi tindakbalas emosi melalui tingkah laku positif atau negatif
· Sifat sifat yang diperhatikan termasuklah mengikut peraturan,bekerjasama,mengikut giliran,berdikari,berkongsi,bertanggungjawab dan bermain sendiri.
· Kanak kanak yang mempunyai masalah sosioemosi akan menunjukkan perubahan tingkah laku.
· Kanak kanak perlu diberi perhatian,kasih sayang dan rasa dihargai untuk menggalakkan perkembangan sosioemosi yang sihat.
· Kanak kanak akan lebih bertanggungjawab,berdisiplin dan berdikari jika emosinya sihat dan stabil.
PERKEMBANGAN KOGNITIF
· Kanak membentuk konsep pengkelasan,urutan,ruang dan masa menerusi permainan.
· Teori Jean Piaget:
1.sensori motor 0-2 thn
2.pra operasi 2-7 thn
3.operasi konkrit 7-11 thn
4.operasi formal > 11 thn
PERKEMBANGAN BAHASA
· Bahasa ialah gabungan bunyi yang menjadi perkataan yang mempunyai makna dan kegunaan
· Kanak kanak bawah 1 tahun boleh mendengar,memahami dan menyimpan perkataan dalam memori.
· Kanak kanak selepas 1 tahun akan mula mengeluarkan perkataan yang disimpan.
· Kanak kanak belajar bahasa melalui pendengaran (listening),peniruan(imitation),pengulangan(repetition),praktis(practice),penghargaan(appreciation),galakan(encouragement) dan pembelajaran secara tidak langsung(informal learning).
· Kreativiti ialah proses mencantum semula elemen elemen yang diketahui dari pengalaman lama untuk menghasilkan sesuatu yang baru hasil dari idea sendiri
· Ia merupakan imaginasi pemikiran dalam bentuk corak dan gabungan pemikiran.
· Kanak kanak di katakana kreatif bila dapat melukis corak tersendiri.
· Perlakuan kreatif pula dikaitkan sebagai praktikal kepada penyelesaian masalah.
· Naluri suka bermain setiap kanak kanak,menjadikan mereka aktif,lasak dan kreatif.
· Pergerakan kreatif melibatkan penggunaan anggota tubuh badan,masa,daya dan ruang.
PERHUBUNGAN DAN INTERAKSI POSITIF KANAK KANAK
· Dalam proses membesar kanak kanak perlu berinteraksi untuk membina keyakinan diri dan meningkatkan tahap pemikiran.
· Perhubungan aialah satu cara menyalurkan maklumat,idea dan pandangan kepada individu atau kumpulan
· Ianya berlaku secara lisan iaitu percakapan secara langsung dan tanpa lisan iaitu melalui mimic muka dan gerak badan.
· Keadaan persekitaran yang selesa sangat mempengaruhi tahap perkembangan kanak kanak.
· Nyanyian dan bercerita juga adalah salah satu aktiviti yang menyumbang kepada perhubungan dan interaksi positif kanak kanak.

KEPENTINGAN MAKANAN SEIMBANG DALAM PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN KANAK KANAK
· Makanan menjadi asas kesihatan dan perkembangan kanak kanak.
· Makanan yang sihat dan berkhasiat pada peringkat 3 tahun awal kanak kanak menjamin pertumbuhan dan perkembangan kanak kanak.
· Kebersihan makanan dan cara penyediaan makanan amat penting dalam pengurusan makanan kanak kanak.
· Kanak kanak sangat berminat kepada kepelbagaianmakanan,warna,tekstur,saiz yang dipotong dan jumlah kesesuaian makanan dengan keupayaan fizikal.
PERLINDUNGAN DAN PENGANIAYAAN KANAK KANAK
· Definasi penganiayaan kanak kanak ialah tindakan pengabaian atau membahayakan atai melemahkan keupayaan kanak kanak dari segi fizikal,psikologi,emosi dan kesihatan social
· Dengan kata lain,penganiayaan kanak kanak ialah mencederakan fizikal secara giat,mengeksploitasi secara seksua,menidakkan hak kasih sayang dan gagal memberi penjagaan sempurna.