modul perkembangan kanak-kanak

Perkembangan kanak kanak terbahagi kepada 2 :

Pertumbuhan
·       Perubahan yang nampak jelas dalam proses membesar.
·       Boleh diukur dari masa ke semasa yang dipanggil perubahan kuantiti.
·       Akan berhenti dalam waktu tertentu
·       Cth:berat,lilit kepala,panjang

Perkembangan

·       Perubahan yang tidak boleh diukur tapi ternyata telah berlaku dan boleh dilihat dalam tempoh yang panjang.
·       Disebut juga perubahan kualiti
·       Akan berkembang sampai mati/kemalangan
·       Cth: berjalan,merangkak,kebolehan berfungsi dan berinteraksi dengan persekitaran

Corak perkembangan kanak kanak adalah sama tapi dalam kadar yang berbeza.

Perkembangan Menyeluruh terbahagi kepada 4:

1.Perkembangan Fizikal
·       Motor halus– jari jemari dan atau mata
·       Motor kasar- berlari,berjalan,tepuk tangan

2.Perkembangan Bahasa
·       Perubahan dalam mengeluarkan bunyi dan mengeluarkan kata kata tindak balas
·       Verbal(bertutur) dan non verbal ( gerak badan )

3.Perkembangan Kognitif
·       Mengukur dan menyelesaikan masalah atau daya fakir

4.Perkembangan Sosioemosi
·       Boleh bersosial dengan orang di sekeliling
·       Cth : perasaan malu,takut bimbang dan suka

 PERKEMBANGAN FIZIKAL

·       Proses berterusan mengikut peringkat tertentu cth merangkak,duduk dan seterusnya berdiri.
·       Kebolehan kanak kanak bergantung kepada tahap kematangan yang tersendiri.
·       Kesediaan dari pengalaman adalah factor penting dalam menyediakan aktiviti mengikut kesesuaian umur kanak kanak.
·       Urutan pengalaman akan memberi kesan kepada tahap seterusnya.
·       Perkembnagan fizikal akan mempengaruhi kelakuan kanak kanak.
·       Gangguan emosi akan menghalang dan membantutkan perkembangan fizikal.
·       Baka,keturunan,pemakanan dan taraf kesihatan sangat mempengaruhi perkembangan kanak kanak

PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI

·       Definisi perkembangan sosioemosi ialah keupayaan kanak kanak berinteraksi serta memberi tindakbalas emosi melalui tingkah laku positif atau negatif
·       Sifat sifat yang diperhatikan termasuklah mengikut peraturan,bekerjasama,mengikut giliran,berdikari,berkongsi,bertanggungjawab dan bermain sendiri.
·       Kanak kanak yang mempunyai masalah sosioemosi akan menunjukkan perubahan tingkah laku.
·       Kanak kanak perlu diberi perhatian,kasih sayang dan rasa dihargai untuk menggalakkan perkembangan sosioemosi yang sihat.
·       Kanak kanak akan lebih bertanggungjawab,berdisiplin dan berdikari jika emosinya sihat dan stabil.
PERKEMBANGAN KOGNITIF

·       Kanak membentuk konsep pengkelasan,urutan,ruang dan masa menerusi permainan.
·       Teori Jean Piaget:
1.sensori motor 0-2 thn
2.pra operasi 2-7 thn
3.operasi konkrit 7-11 thn
4.operasi formal > 11 thn

PERKEMBANGAN BAHASA

·       Bahasa ialah gabungan bunyi yang menjadi perkataan yang mempunyai makna dan kegunaan
·       Kanak kanak bawah 1 tahun boleh mendengar,memahami dan menyimpan perkataan dalam memori.
·       Kanak kanak selepas 1 tahun akan mula mengeluarkan perkataan yang disimpan.
·       Kanak kanak belajar bahasa melalui pendengaran (listening),peniruan(imitation),pengulangan(repetition),praktis(practice),penghargaan(appreciation),galakan(encouragement) dan pembelajaran secara tidak langsung(informal learning).
 PEMIKIRAN DAN PERGERAKAN KREATIF

·       Kreativiti ialah proses mencantum semula elemen elemen yang diketahui dari pengalaman lama untuk menghasilkan sesuatu yang baru hasil dari idea sendiri
·       Ia merupakan imaginasi pemikiran dalam bentuk corak dan gabungan pemikiran.
·       Kanak kanak di katakana kreatif bila dapat melukis corak tersendiri.
·       Perlakuan kreatif pula dikaitkan sebagai praktikal kepada penyelesaian masalah.
·       Naluri suka bermain setiap kanak kanak,menjadikan mereka aktif,lasak dan kreatif.
·       Pergerakan kreatif melibatkan penggunaan anggota tubuh badan,masa,daya dan ruang.

PERHUBUNGAN DAN INTERAKSI POSITIF KANAK KANAK

·       Dalam proses membesar kanak kanak perlu berinteraksi untuk membina keyakinan diri dan meningkatkan tahap pemikiran.
·       Perhubungan aialah satu cara menyalurkan maklumat,idea dan pandangan kepada individu atau kumpulan
·       Ianya berlaku secara lisan iaitu percakapan secara langsung dan tanpa lisan iaitu melalui mimic muka dan gerak badan.
·       Keadaan persekitaran yang selesa sangat mempengaruhi tahap perkembangan kanak kanak.
·       Nyanyian dan bercerita juga adalah salah satu aktiviti yang menyumbang kepada perhubungan dan interaksi positif kanak kanak.

KEPENTINGAN MAKANAN SEIMBANG DALAM   PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN KANAK KANAK

·       Makanan menjadi asas kesihatan dan perkembangan kanak kanak.
·       Makanan yang sihat dan berkhasiat pada peringkat 3 tahun awal kanak kanak menjamin pertumbuhan dan perkembangan kanak kanak.
·       Kebersihan makanan dan cara penyediaan makanan amat penting dalam pengurusan makanan kanak kanak.
·       Kanak kanak sangat berminat kepada kepelbagaianmakanan,warna,tekstur,saiz yang dipotong dan jumlah kesesuaian makanan dengan keupayaan fizikal.

PERLINDUNGAN DAN PENGANIAYAAN KANAK KANAK

·       Definasi penganiayaan kanak kanak ialah tindakan pengabaian atau membahayakan atai melemahkan keupayaan kanak kanak dari segi fizikal,psikologi,emosi dan kesihatan social
·       Dengan kata lain,penganiayaan kanak kanak ialah mencederakan fizikal secara giat,mengeksploitasi secara seksua,menidakkan hak kasih sayang dan gagal memberi penjagaan sempurna.