peraturan


PUSAT PERKEMBANGAN KANAK-KANAK CAHAYA IMAN


PERATURAN

1.Pemakaian pakaian pijama sewaktu sampai ke tadika/nursery  tidak dibenarkan. Kanak-kanak harus tiba dengan pakaian yang bersih.

2.Larangan kanak-kanak yang mengalami penyakit berjangkit berada di tadika/nursery  sehinggalah mendapat pengesahan dari pegawai perubatan bertauliah yang penyakitnya benar-benar telah pulih sepenuhnya.

3.Hanya ibu bapa/penjaga yang berdaftar sahaja dibenarkan mengambil kanak kanak. Jika ibu bapa/penjaga ingin meminta bantuan orang lain yang tidak berdaftar untuk mengambil kanak-kanak, kebenaran bertulis diperlukan.

4.Larangan berada di sekitar kawasan tadika/nursery sewaktu  operasi.

5.Ibu bapa perlu maklumkan kepada pengasuh jika kanak-kanak tidak dapat hadir sebelum waktu tertentu.

6.Ibu bapa/penjaga perlu memberi notis dalam jangkamasa tertentu jika mahu menamatkan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak.

7.Larangan merokok  sesuatu perbuatan yang mengganggu ketenteraman dan kebersihan.

8.Sebarang jenis ubat-ubatan atau krim sapu atau yang seumpanya adalah tidak digalakkan untuk diberi kepada kanak-kanak oleh pengasuh/guru.

9.Larangan memasuki kawasan jagaan tanpa kebenaran Pengusaha.

10.Labelkan nama pada semua peralatan anak termasuk bekas susu,botol susu ,tuala dan alat tulis.

11.Anak sakit/tidak sihat digalakkan mendapat rawatan di rumah.

12.Ibu bapa/penjaga perlu maklumkan sebarangan perubahan maklumat peribadi, contohnya alamat dan nombor telefon atau status ibu bapa(bagi yang telah perpisah dan hak penjagaan).

13.Rujukan maklumat mengenai yuran pendaftaran, caj bulanan, caj harian dan caj lebih masa.

14.Pembayaran  yuran dibuat pada tarikh mula masuk setiap bulan.

15.Larangan membawa barang permainan/memakai barangan kemas/berharga.